Thursday, December 17, 2009

Giweway from Zila Kasim-Copy and PAste

Jom jom jom join giveway from Zila Kasim. Kak Zila akan bagi this cute coin pouch pada sesiapa yang copy and paste posting die dalam blog korang. so join jangan tak join

Quote from Zila KAsim

"aku ada 5 ketul coin pouch suteramas nak giveaway... syaratnyerr senang jeee.... u all kena paste my posting kat blog....akan banyak giveaway nanti bila aku balik dari ganu... shopping kat kraf2 tu... so copy this posting pastu letak comment kat banyak... insyaallah setiap yg buat copy n paste serta comment akan dapat hadiah dari zilakasim.... yg 5 komen pertama akan dapat hadiah kat atas... pastu akan menyusul hadiah yg lain........... nantikan......."

Sila klik sini untuk join this giveway.

actually, im a big fan of her blog. hari-hari mesti nak jenguk blog ni. banyak informasi pasal jahitan kat blog die ni dan aku pun memang beli peralatan jahitan daripada blog die ni.

Wednesday, December 16, 2009

Jahit CD

semalam, barang yang aku order dari New Zealand dah sampai iaitu 5 meter kain Microfibre Terry untuk aku buat insert bagi CD -Cd yang aku jual nanti. lama sangat nak sampai kat aku ni. sepatutnya dah 3 minggu lepas sampai, tapi nape tah pos problem ke ape. bila hubby balik rumah aje, aku dengan tak sabarnya bukak kotak tu. yang bestnya siap ade kain microfleece extra lagi mat salleh ni bagi. saje nak abiskan stok kot.

aku sebenarnya tak berapa suka beli barang kat New Zealand ni sebab shippingnya mahal berbanding shipping dari US. sebab polisi kat sana send barang dari sana ke negara kecil-kecil ni lebih mahal dari send barang ke negara maju. tapi memandangkan kat US susah nak cari microfibre fabric yang murah, so aku beli aje dari NZ ni. lagipun katUS diorang suka pakai cotton ataupun bamboo untuk buat insert. orang kat malaysia ni suka microfibre lagi dari cotton atau bamboo.

Next batch CD aku cadang nak buat insert from bamboo or cotton ajela, at least aku dah dapat jimat kos shipping yang mahal tu.

Kasut baby

hari ni aku cari projek-projek jahit yang aku rase aku leh buat. entahla nak buat bila, tapi cute sangat dan macam senang je nak buat. aku dah imagine fakhri pakai kasut cute ni yang aku jahit. mesti jalan terkedek-kedek dengan kasut barunya ini.

aku dapat projek ni dari sini .

tapi kat mana aku nak cari sole shoes ni, tapak ni macam susah je nak cari.

Tuesday, December 15, 2009

Tempahan sling

minggu lepas aku ade tempahan pouch sling nak dijahit. tiga tempahan sling yang perlu disiapkan. tapi sebab minggu lepas aku sibuk sket dan campur ngan kelas jahitan epal yang aku pergi tu, hanya semalam aku sempat nak jahit pouch sling yang ditempah oleh Ima. Sorry ima, lambat sket sebab ader banyak program plak hujung minggu. ini adalah reversible pouch sling yang telah aku siapkan semalam.

Magenta Floral Fantasy with pink inner

The sling when folded takde model lak nak pakai sling ni

Dan ini pula kain-kain yang menunggu untuk dijahit. aku kena siapkan malam ni, selepas dapat feedback dari Ima berkenaan ukurannya.

Blue Floral Blues with tiny cute roses

Magenta Floral with tiny roses



Kelas Jahitan Epal

aku nak update sket pasal kelas jahitan epal ni. inilah projek-projek yang aku bakal pelajari dalam masa setahun. 24 projek setahun.


Semua projek ni best-best. paling aku suka belajar skirt patchwork, langsir, cadar dan baju kurung bermanik. tak sabar nak belajar semua ni. he he he.

Aku boleh pilih sekurang-kurangnya 12 projek untuk melengkapkan kursusu jahitan tahap 1 selama setahun ni. alamak aku boleh siap ke? keje pun belambak dan ade mase ke aku nak buat semua ni. takpe akan aku usahakan juga sebab dah minat tu nak buat cemana. fatin, fakhri kena la tinggal ngan papa lagi. he hehe..tensen papa.

kat kels yang aku pergi, akulah paling muda, yang lain semua dah berumur, tapi semuanya bagus, ade semangat nak belajar menjahit. sebenarnya bukan yang baru nak belajar join kelas ni. ramai yang dah ambik upah menjahit pun belajar kat sini, tapi nak belajar jahit bag, dan macam-macam seni kreatif yang lain. semuanya beli mesin ni sebab nak ikut kelas jahitan ni.
cikgu-cikgu kat epal ni plak sangat peramah dan baik-baik semua. setiap orang kena ader buku prestasi dan setiap minggu cikgu akan tanda skill yang telah dipelajari dan setiap projek yang dibuat akan dinilai.

Mesin Jahitku

Pada awal bulan hari tu (4 Dis) aku akhirnya berjaya jugak beli mesin jahit yang sangat kuidam-idamkan selama ini. setahun aku menunggu untuk dapat membeli mesin jahit Epal ini. Inilah Model mesin jahitku:

Janome HArmony 2049

dah lama teringin , akhirnya ade duit sket aku beli jugak walaupun pada amsa itu aku terpikir nan beli Medela Freestyle Breastpump ke ataupun mesin jahit ni. tapi aku pikir2 (lama gak tu pikir) lastly aku decide beli ni la since aku ader banyak projek menjahit dalam kepala aku yang aku teringin nak buat (plan aje, nak buat tak tahu lagi bila).

bila aku dah beli mesin ni, aku dapat ikuti kelas menjahit selama setahun secara percuma yang bernilai RM3600. kelas ni aku dah start pergi hari ahad lepas (13 Dis). cikgu-cikgunya pun baik-baik belaka. suka la belajar kat kelas ni. hari tu aku baru belajar basic cemana nak operata mesin ni. next class aku kena buat beginner projek plak sebelum aku buat projek-projek bulanan yang lain.

Sunday, December 13, 2009

Aktiviti Renang (di rumah!!) hahahahah.....

Sabtu 12/12/2009 :

Hari sabtu...masa utk basuh baju!!! hehehehe...

Hari sabtu camni kebiasaannya, kitorang akan kluar jalan2...gi shopping complex ke, beli brg rumah kt hypermarket ke, lunch kat luar ke, atau create la apa2 'alasan' utk kluar...janji keluar dari kawasan rumah...

Tapi, hari ni plan byk lari... at first, aku plan nak gi attend 1st class menjahit Epal time pagi. Tapi, lepas basuh baju, bla bla bla bla...mulalah rasa malas nak pegi..."Ah...esok pagi je la aku pegi"

Aku pun sambung la buat kerja2 kt rumah mcm biasa...sedar tak sedar, dah petang... anak2 plak baru bgn tido... bila budak2 dh bangun, hubby dtg kat fatin...:Fatin, jom main basikal, nak??" Fatin dgn mamai2nya (+ngamuk2 standard bile bangun tido), mcm liat je...aku pun suggest..
"Fatin, nk swimming tak dgn Papa??" terus segar bugar anak kesayangan aku tuh...

Terus turun bawah, tukar baju swimming...Papa dia pulak tgh duk sibuk masukkan air dlm 'portable swimming pool'!! hahaha...swimming kat depan rumah je...saje buat ayat gempak...ekekekek

Ni la antara pic2 aktiviti 'renang secara berjemaah' kami (pic was taken & edited by my hubby)








Fatin...mata terus segar bile diajak 'swimming'


















My cutie little honey!!

















Fakhri pun join sekali !! (yg teruja bila jumpe air...hehehee)


















Fotostat....











Wajah2 kesayangan hamba...















Hasil tangkapan untuk hari ini!! hehehe...














Moral of the story :
Walaupun aktiviti ni simple, at least kitorang dpt la spend time together daripada 'layan mata' memasing di hari cuti macam ni... aktivit yg best tak semestinya berada di luar!! yg penting...ENJOY!!

Thursday, December 10, 2009

Fatin Humaira dah 3 tahun

26 Sept 2009, anak gadisku dah 3 tahun. dah besar rupanya anak gadisku ini. ramai kater sebijik ikut muka aku, tul ker? erm...kat mana yang sama ek?

Fatin-manja disebelah papanya

-Fatin dengan rabbit busuknya, memamng kemana-mana kena bawa candu nih..-

cikgu kat nursery fatin plak suka sangat buat eksperimen atas rambut fatin ni. macam-mcam gaya ikat rambut, tapi kemas dan cantik. kalu mamanya ikat, memang tah ape2 la jadinya. dengan rambut ni dia tido sampai pagi, tak nak bukak. sakit ke tidak aku tak tahula..

Greeting

Salam,

just suka-suka create this blog to write something about the fun moment i had in my life with my hubby, my family and my child. life has passed by but seems i miss some moments. i need to capture this back before it is tooo late. a lot of blog out there inspire me as well to write my own blog. despite i have a blog to promote my own brand cd, but takkan nak letak all the photo of mine there. he he he, hopefully this blog tak terkubur camtu aje.

harap semua tak boring baca blog ku yan tah ape2 tah...