Tuesday, March 23, 2010

Fakhri and Fatin Driving

semalam aku pergi ke Giant Putra Height untuk membeli barang rumah (sket-sket ajer sebab sekarang dah kurang masak), terjebak tengok orang mainan kete ni.  sebenarnya aku yang teruja nak tengok anak aku naik kete ni, bukannya diorang mintak pun.  mula-mula tu fatin konon-kononya drive sendiri la, tapi minah ni mamng fail memandu la, stereng tu pusing kiri kanan kiri kanan sampai haru semua orang dilanggarnya.  last-last budak yang jaga tu suggest aku guna remote.  kenapa la budak tu tak cakap awal2, kalu tak takde la aku susah-suah nak jadi pemandu pengiring plak.  ish ish ish.

fatin yang rileks aje drive tanpa perlu gupas stereng sebab dah guna remote control

 share naik sama-same lak lepas tu

best wooo!!

hi mama!pantang tengok kamera betul la fakhri ni. bila orang pegang kamera mesti geram nak ambik.


berebut stereng plak ..



selepas main-main tu aku pergilah beli barang..dan buat pertama kalinya, fatin pandai mintak air vitagen.  selama ni tak pernah pandai mintak.  alamak aku kena hati2 lepas ni sebab bila dah start pandai ni, macam2 la dier akan mintak lepas ni.

Thursday, February 11, 2010

@ Palace of the golden Horses

pada 24 dan 25 Januari lepas aku ada Seminar Pembangunan Daerah di hotel ni.  Dapat jugalah aku merasa duk hotel yang dikatakan mewah ni.  All the concept of this hotel is about horses.  even dalam toilet pun ade kuda, sabun pun kuda.




alang-alang dah disediaklan bilik, aku bawa sekali la hubby dan anak2 kesayanganku.  fatin bukan main seronok (walaupun kepenatan sebab dari pagi tak tido-tido) dapat tengok patung kuda kat cni, tapi yang tak bestnya fatin tak dapat mandi sebab masa sampai kat hotel petang 24 hb tu hujan lebat, pool memangla closed. takpela fatin, nanti kita mandi kat swimming pool putrajaya ajela yea.


 
Sempat lagi aku ngan anak-anak berposing depan replika bangunan ni.  


Tuesday, February 9, 2010

Posting Rindu

salam,

lama sungguh saya tak masuk blog ni mahupun post dalam blog.  semuanya gara-gara setelah ditukarkan bertugas ke negeri Selangor pada penghujung bulan Disember.  masuk-masuk ajer terus kena monitor pembayaran dalam tempoh AKB (hanya kepada mereka yang tahu aje, yang tak tahu tu buat- buat tahu je lah, malas nak explain) Bz sangat sampai banyak menda yang nak dibuat tak terbuat termasuklah urusan rumah tangga yang terbengkalai.  terima kasih kepada suamiku kerana begitu sabar dah gigih menolong yang termampu dibuat.

sepanjang hampir 2 bulan disini, banyak menda dah berlaku.  insya allah akan ku cuba untuk update satu persatu mengikut kelapangan untuk tatapan rakan-rakan sekalian.  kerja-kerja menjahit aku juga banyak terbengkalai dek kerana kekangan masa.  Baru sekarangla aku rasa lega sedikit dan boleh bernafas, sebelum kerja-kerja yang lain datang berlambak balik.  hu hu hu, penat sungguh.  kala ini la ku rasa aku nak pergi bercuti honeymoon ke?  lama tak jalan-jalan.

Thursday, December 17, 2009

Giweway from Zila Kasim-Copy and PAste

Jom jom jom join giveway from Zila Kasim. Kak Zila akan bagi this cute coin pouch pada sesiapa yang copy and paste posting die dalam blog korang. so join jangan tak join

Quote from Zila KAsim

"aku ada 5 ketul coin pouch suteramas nak giveaway... syaratnyerr senang jeee.... u all kena paste my posting kat blog....akan banyak giveaway nanti bila aku balik dari ganu... shopping kat kraf2 tu... so copy this posting pastu letak comment kat banyak... insyaallah setiap yg buat copy n paste serta comment akan dapat hadiah dari zilakasim.... yg 5 komen pertama akan dapat hadiah kat atas... pastu akan menyusul hadiah yg lain........... nantikan......."

Sila klik sini untuk join this giveway.

actually, im a big fan of her blog. hari-hari mesti nak jenguk blog ni. banyak informasi pasal jahitan kat blog die ni dan aku pun memang beli peralatan jahitan daripada blog die ni.

Wednesday, December 16, 2009

Jahit CD

semalam, barang yang aku order dari New Zealand dah sampai iaitu 5 meter kain Microfibre Terry untuk aku buat insert bagi CD -Cd yang aku jual nanti. lama sangat nak sampai kat aku ni. sepatutnya dah 3 minggu lepas sampai, tapi nape tah pos problem ke ape. bila hubby balik rumah aje, aku dengan tak sabarnya bukak kotak tu. yang bestnya siap ade kain microfleece extra lagi mat salleh ni bagi. saje nak abiskan stok kot.

aku sebenarnya tak berapa suka beli barang kat New Zealand ni sebab shippingnya mahal berbanding shipping dari US. sebab polisi kat sana send barang dari sana ke negara kecil-kecil ni lebih mahal dari send barang ke negara maju. tapi memandangkan kat US susah nak cari microfibre fabric yang murah, so aku beli aje dari NZ ni. lagipun katUS diorang suka pakai cotton ataupun bamboo untuk buat insert. orang kat malaysia ni suka microfibre lagi dari cotton atau bamboo.

Next batch CD aku cadang nak buat insert from bamboo or cotton ajela, at least aku dah dapat jimat kos shipping yang mahal tu.

Kasut baby

hari ni aku cari projek-projek jahit yang aku rase aku leh buat. entahla nak buat bila, tapi cute sangat dan macam senang je nak buat. aku dah imagine fakhri pakai kasut cute ni yang aku jahit. mesti jalan terkedek-kedek dengan kasut barunya ini.

aku dapat projek ni dari sini .

tapi kat mana aku nak cari sole shoes ni, tapak ni macam susah je nak cari.

Tuesday, December 15, 2009

Tempahan sling

minggu lepas aku ade tempahan pouch sling nak dijahit. tiga tempahan sling yang perlu disiapkan. tapi sebab minggu lepas aku sibuk sket dan campur ngan kelas jahitan epal yang aku pergi tu, hanya semalam aku sempat nak jahit pouch sling yang ditempah oleh Ima. Sorry ima, lambat sket sebab ader banyak program plak hujung minggu. ini adalah reversible pouch sling yang telah aku siapkan semalam.

Magenta Floral Fantasy with pink inner

The sling when folded takde model lak nak pakai sling ni

Dan ini pula kain-kain yang menunggu untuk dijahit. aku kena siapkan malam ni, selepas dapat feedback dari Ima berkenaan ukurannya.

Blue Floral Blues with tiny cute roses

Magenta Floral with tiny roses