Tuesday, February 9, 2010

Posting Rindu

salam,

lama sungguh saya tak masuk blog ni mahupun post dalam blog.  semuanya gara-gara setelah ditukarkan bertugas ke negeri Selangor pada penghujung bulan Disember.  masuk-masuk ajer terus kena monitor pembayaran dalam tempoh AKB (hanya kepada mereka yang tahu aje, yang tak tahu tu buat- buat tahu je lah, malas nak explain) Bz sangat sampai banyak menda yang nak dibuat tak terbuat termasuklah urusan rumah tangga yang terbengkalai.  terima kasih kepada suamiku kerana begitu sabar dah gigih menolong yang termampu dibuat.

sepanjang hampir 2 bulan disini, banyak menda dah berlaku.  insya allah akan ku cuba untuk update satu persatu mengikut kelapangan untuk tatapan rakan-rakan sekalian.  kerja-kerja menjahit aku juga banyak terbengkalai dek kerana kekangan masa.  Baru sekarangla aku rasa lega sedikit dan boleh bernafas, sebelum kerja-kerja yang lain datang berlambak balik.  hu hu hu, penat sungguh.  kala ini la ku rasa aku nak pergi bercuti honeymoon ke?  lama tak jalan-jalan.

No comments:

Post a Comment