Wednesday, December 16, 2009

Jahit CD

semalam, barang yang aku order dari New Zealand dah sampai iaitu 5 meter kain Microfibre Terry untuk aku buat insert bagi CD -Cd yang aku jual nanti. lama sangat nak sampai kat aku ni. sepatutnya dah 3 minggu lepas sampai, tapi nape tah pos problem ke ape. bila hubby balik rumah aje, aku dengan tak sabarnya bukak kotak tu. yang bestnya siap ade kain microfleece extra lagi mat salleh ni bagi. saje nak abiskan stok kot.

aku sebenarnya tak berapa suka beli barang kat New Zealand ni sebab shippingnya mahal berbanding shipping dari US. sebab polisi kat sana send barang dari sana ke negara kecil-kecil ni lebih mahal dari send barang ke negara maju. tapi memandangkan kat US susah nak cari microfibre fabric yang murah, so aku beli aje dari NZ ni. lagipun katUS diorang suka pakai cotton ataupun bamboo untuk buat insert. orang kat malaysia ni suka microfibre lagi dari cotton atau bamboo.

Next batch CD aku cadang nak buat insert from bamboo or cotton ajela, at least aku dah dapat jimat kos shipping yang mahal tu.

No comments:

Post a Comment